KEMERDEKAAN “Malaysia” dalam pembentukan dan memerdekakan sesebuah negara,peperangan dan keganasan tidak dapat dielakkan. Di negara kita, Malaysia sebelum kemerdekaan banyak berlaku keganasan demi untuk memperolehi kemerdekaan. Semenjak Melaka dijajah pada 24 ogos 1511, kita tidak dapat lari daripada melakukan penentangan, pemberontakan dan keganasan untuk menghalau penjajah. Tujuannya hanyalah satu, kebebasan / kemerdekaan. Bermulanya campur tangan British di Tanah Melayu sejak 1874, ia telah memberikan pelbagai perubahan sama ada baik atau tidak. Hasil daripada perubahan ini, ia telah menimbulkan kebangkitan di kalangan penduduk supaya menantang British. Ia kemudiannya telah menggalakkan perkembangan semangat kebangsaan dan semangat nasionalisme kepada masyarakat di Tanah Melayu untuk mencapai KEMERDEKAAN.
Gerakan nasionalisme yang telah berlangsung sejak era sebelum perang telah diteruskan pada zaman Jepun dan selepas perang.
Tuntutan, desakan dan tentangan orang Melayu dan diikuti dengan kompromi yang diberikan oleh orang asing iaitu Cina dan India telah membolehkan British tidak mempunyai pilihan selain daripada memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957
Pendudukan Jepun telah menjadi satu teladan kepada pejuang-pejuang bangsa untuk berusaha memerdekakan Tanah Melayu.
Di dorong juga oleh peristiwa-peristiwa di negara-negara jiran seperti Indonesia yang telah menyemarakkan semangat orang Melayu.
Sebaik Jepun menyerah kalah, British kembali ke Tanah Melayu dengan British Military Administration (BMA) iaitu pemerintahan tentera bercorak sementara sebelum satu sistem pentadbiran yang lain diwujudkan di Tanah Melayu.
Berikutan perundangan-perundangan yang dilakukan di London, Unit Perancangan Tanah Melayu telah ditubuhkan dan mengumumkan Malayan Union.
Rancangan ini diumumkan oleh Setiausaha Tanah Jajahan , George Hall pada 10 Oktober 1942 dan utusan khas bagi memperoleh pendapat dan tandatangan raja-raja Melayu iaitu Sir Harold Mac-Micheal telah dihantar ke Tanah Melayu.
Orang Melayu menentang penubuhan MU, demonstrasi dianjurkan secara besar-besaran.
Tentangan orang Melayu telah menyebabkan British mengemukakan idea Persekutuan Tanah Melayu (PTM ) yang dilancarkan pada tahun 1948.
Pada 1951, kerajaan British memperkenalkan Sistem Ahli dalam Majlis Mesyuarat
Kerja Persekutuan dan ahli-ahli ini diberi taraf menteri. Antaranya ialah Dato’ Onn
Jaafar yang memegang jawatan ahli hal ehwal dalam negeri, Dato’ E.E.C Thuraisingham – ahli pelajaran dan sebagainya. Sebagai memberi latihan kepada orang tempatan untuk memerintah negara sendiri.
1951 pilihanraya Majlis Perbandaran Pulau Pinang diadakan untuk memilih wakil.
Diikuti pilihanraya Umum yang membabitkan parti Perikatan yang terdiri daripada UMNO,MIC,MCA,Parti Negara dan Pas. Perikatan memenangi 51 daripada 52 kerusi.
Pilihanraya 1955 membawa kepada rundingan kearah kemerdekaan antara Parti Perikatan dengan British.
Suruhanjaya Reid dibentuk pada 1955 bagi mengesyorkan pembentukan satu Perlembagaan Persekutuan berdasarkan demokrasi berparlimen.
Januari 1956, rombongan 8 orang wakil berangkat ke London dalam misi mendapatkan kemerdekaan.
British setuju memberikan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 dan pengumuman secara rasmi telah dilaungkan oleh Tunku Abdul Rahman di Stadium Merdeka
KESIMPULAN
Kemerdekaan yang dicapai pada Ogos 1957 bukanlah satu proses yang mudah untuk dicapai.
Matlamat kemerdekaan itu hanya dapat dicapai setelah melalui satu proses yang sangat panjang.
Erti Kemerdekaan
Thursday, September 27, 2012 | 8:39 PM | 0 comments
Kemerdekaan yang dikecapi bermakna kita bebas bukan sekadar daripada
penjajahan fizikal malahan mencakupi spiritual dan mental. Erti
kemerdekaan yang dinikmati ialah membebaskan diri daripada cengkaman
kuasa asing seterusnya berusaha bangkit sebagai bangsa bermaruah.
Kekuatan politik untuk memperolehi kemerdekaan perlu didokong oleh
penguasaan ilmu pengetahuan untuk mempercepatkan proses pembangunan
negara.
Menyorot kembali perjuangan kemerdekaan bangsa Melayu sejak 1511
hingga ke Perang Dunia Kedua 1941-1945, negara ini telah mengalami 3
peringkat perjuangan. Peringkat pertama, secara militan atau gerila,
perjuangan pondok yang dipelopori oleh golongan ulama dan kemudian
golongan nasionalisma yang berjuang melalui mata pena. Ketiga-tiga
kategori perjuangan ini berjalan berasingan sehinggalah pada cadangan
untuk mengadakan Kongres Melayu pertama pada 1-4 Mac 1946 diadakan dan
menyatukan ketiga-tiga kategori perjuangan ini dengan lebih tersusun dan
teratur. Terbentuknya UMNO semasa persidangan tersebut telah
memantapkan lagi perjuangan ke arah menuntut kemerdekaan negara.
Menjadi tanggungjawab rakyat generasi baru hari ini untuk
mengenang dan menghayati erti kemerdekaan. Tugas kita pada hari ini
adalah memenuhi dada dengan ilmu pengetahuan agar kemerdekaan yang
dimiliki dapat dipertahankan dan dikekalkan. Tanpa ilmu pengetahuan,
kemerdekaan yang baru sahaja diperolehi amat rapuh.
Suara tuntutan kemerdekaan telah
lama kedengaran. Malangnya setelah Jepun menyerah kalah pada 15 Ogos
1945 apabila Hiroshima dan Nagasaki dibom, penjajah Inggeris kembali ke
Tanah Melayu dengan niat menjadikan Tanah Melayu sebagai sebuah koloni.
Di Tanah Melayu, penyerahan kuasa secara rasmi oleh Jepun kepada
Inggeris dibuat di Victoria Institution, Kuala Lumpur pada 22 Februari
1946. Inggeris telah memperkenalkan Malayan Union yang memberikan hak
sama rata khususnya dalam isu kerakyatan kepada semua penduduk tanpa
mengira keturunan dan kesetiaan mereka terhadap negara.
Perjanjian Persekutuan yang ditandatangani oleh Raja-Raja pada 21
Januari 1948 berjaya mengembalikan Tanah Melayu ke pangkuan orang
Melayu; kedaulatan raja-raja, hak keistimewaan dan hak kewarganegaraan.
Malayan Union ternyata mendatangkan kerugian dan meminggirkan hak
kaum Melayu dan bumiputera sebagai penduduk asal negara ini serta
menjejaskan institusi dan fungsi Raja-Raja Melayu. Oleh itu, cadangan
Inggeris memperkenalkan Malayan Union mendapat tentangan hebat seluruh
orang Melayu termasuk Majlis Raja-Raja. Datuk Onn telah mengumpulkan
lebih 200 perwakilan Melayu dalam Kongres Melayu Seluruh Tanah Melayu
pada 1 - 4 Mac 1946 di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur. Sebuah
jawatankuasa yang dianggotai oleh tokoh-tokoh seperti Dato Onn Jaafar,
Dato Panglima Bukit Gantang, Dato Nik Ahmad Kamil, Dato Hamzah Abdullah
dan En. Zainal Abidin (Za’ba) ditubuhkan.
Kongres bersetuju
dengan cadangan untuk menubuhkan sebuah pertubuhan yang dinamakan United
Malays National Organisation (UMNO) atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu
Bersatu (PEKEMBAR) yang akan dibentangkan dalam kongres akan datang.
Dalam Kongres Melayu Seluruh Tanah Melayu Ke-3 di Johor Bharu Dato’ Onn
Jaafar mengumumkan penubuhan UMNO pada 11 Mei 1946. penubuhan ini
bertujuan untuk memperjuangkan sebuah negara Malaya merdeka dan
berdaulat, memajukan dan memelihara kepentingan orang Melayu dan rakyat
Malaya dan memelihara dan mempertahankan agama dan adat resam Melayu
serta kedudukan institusi Raja-Raja Melayu.
Penentangan mereka berjaya mengubah Malayan Union kepada Perjanjian
Persekutuan yang ditandatangani oleh Raja-Raja pada 21 Januari 1948 yang
mengembalikan Tanah Melayu ke pangkuan orang Melayu; kedaulatan
raja-raja, hak keistimewaan dan hak kewarganegaraan. Perjuangan orang
Melayu berjaya membentuk Persekutuan Tanah Melayu yang mengandungi 9
buah negeri Melayu iaitu Selangor, Perak, Kedah, Perlis, Negeri
Sembilan, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, dan Negeri-Negeri Selat
iaitu Pulau Pinang dan Melaka. Ia diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi
British yang mempunyai kuasa eksekutif dan dibantu serta dinasihati oleh
Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan dan Majlis Mesyuarat Undangan
Persekutuan.