|
Hari Kemerdekaan 2011 : Cerita Disebalik Pengisytiharaan Kemerdekaan 1957
Friday, October 5, 2012 | 7:09 PM | 0 comments
Tinggal seminggu lagi negara kita akan menyambut Hari Kemerdekaan 2011. Kebetulan pula, tahun ini kita akan menyambut Hari Kemerdekaan 2011 satu hari yang sama dengan Hari Raya. Pejam-pejam celik dah nak raya. Ok tak pe, itu cerita lain. Kami nak kongsikan sejarah & kisah disebalik peristiwa perisytiharaan Kemerdekaan itu sendiri, suasana dan apa yang yang berlaku pada masa itu agaknya…….
Pada 31 Ogos 1957 bertempat di stadium yang baru dirasmikan iaitu Stadium Merdeka, Kuala Lumpur telah menyaksikan peristiwa bersejarah bagi Tanah Melayu iaitu secara rasminya penyerahan pemerintahan Persekutuan Tanah Melayu daripada pemerintahan British kepada warganegara Tanah Melayu.
Pengisytiharan tersebut telah dibuat oleh Tunku Abdul Rahman disertakan laungan “MERDEKA” 7 kali. Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dinaikkan dengan iringan Lagu Kebangsaan Negaraku yang buat pertama kalinya diperdengarkan secara rasmi dalam sebuah negara baru. Diikuti pula selepas itu dengan seruan azan sebagai simbolik lahirnya sebuah negara yang baru dan tembakan meriam seratus satu das.
Tunku Abdul Rahman menandatangani Perjanjian Kemerdekaan di London pada Feb 8, 1956. Di sebelahnya adalah Alan Lennox-Boyd, Setiausaha Negara Jajahan.
Rombongan Tunku Abdul Rahman ke Padang Bandar Hilir, Melaka untuk pengumuman kemerdekaan setelah pulang dari London. Negeri Melaka dipilih sebagai tempat perisytiharan tarikh kemerdekaan adalah kerana Melaka merupakan pelabuhan menguasai perdagangan timur dan barat sehingga menjadikan negeri yang mula-mula jatuh ke tangan penjajah.
Di saat laungan “MERDEKA” Oleh Tunku Abdul Rahman, keadaan dalam Stadium Merdeka semasa pengisytiharan. Tunku laung 7 kali kat Dataran Merdeka dengan tapak tangan Tunku terbuka lurus ke langit menandakan negara sudah terlepas dari cengkaman penjajah.
Manakala ini pula gambar suratkhabar lama pasal pemasyhuran Kemerdekaan Tanah Melayu. Suratkhabar Berita harian dan Malay Mail.
Watikah pemasyhuran kemerdekaan tanah melayu yang asal
Bendera Union Jack Diturunkan diambang Kemerdekaan dan bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan.
|