|
Latar Belakang Kemerdekaan
Saturday, October 6, 2012 | 1:10 AM | 0 comments
Tarikh 31 Ogos 1957,jam 12 malam menjelang hari yang disifatkan sebagai tarikh keramat bagi seluruh rakyat Malaysia,adalah saat paling bersejarah.Ia menandakan berakhirnya dilemma zaman penjajahan tentera British terhadap negara kita, Malaysia (sebelum ini Malaya). Tarikh keramat itu disambut dengan laungan dan pekikan MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA! oleh seluruh rakyat Malaysia, sebagai tanda bebas dari belenggu penjajahan hasil daripada perjuangan gigih pejuang-pejuang tanah air dalam menuntut kemerdekaan Tanah Melayu.
Di hari yang bertuah itu,sejak dari senja lagi,beribu-ribu rakyat telah berkumpul di padang Kelab Selangor dan kawasan sekitarnya yang bergemelapan dengan cahaya lampu yang berwarna-warni untuk menyertai upacara menurunkan bendera Union Jack dan menaikkan bendera Malaysia.
Sebaik sahaja jam besar di bangunan Sultan Abdul Samad berdenting sebanyak 12 kali, teriakanMERDEKA! Berkumandang di udara dan detik ini bermulalah sejarah baru tanah air yang merdeka.
Menjelangnya tarikh 31 Ogos 1957, persediaan-persediaan daripada pihak kerajaan dan rakyat untuk menyambut dan merayakan kemerdekaan itu telah siap sedia diatur secara besar-besaran. Seluruh negeri di Persukutuan Tanah Melayu telah dihiasi dengan berbagai-bagai hiasan. Bangunan-bangunan,terutama bangunan kerajaan,perniagaan,persekutuan-persekutuan dan lain-lain telah dihiasi dengan bendera-bendera,lampu-lampu bergemelapan dengan membentuk huruf ‘MERDEKA'.
Perayaan menyambut kemerdekaan di Kuala Lumpur telah diadakan selama 11haru mulai dari 29 Ogos hingga 7 September 1957 .
Susunan aturcara rasmi perayaan merdeka itu dimulakan dengan upacara menyambut keberangkatan tiba yang Teramat Mulia Duke dan Duchess of Glocester serta puteranya,Prince William.Pada hari Khamis,29 Ogos 1957,dua hari sebelum tarikh perayaan Kemerdekaan itu disambut ,Duke Duchess ofGlocester serta puteranya tiba di lapangan terbang Kuala Lumpur .Dyke of Glocester,ialah bapa saudara kepada Queen Elizabeth dan beliaulah yang menjadi Pegawai Peribadi Baginda Queen di dalam perayaan merdeka dan untuk tujuan menyerahkan surat perlembagaan bagi menarik balik kuasa British menaungi Negeri-Negeri Melayu dan Kedaulatan Mahkota British ke atas Pulau Pinang dan Melaka, kepada Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu ,Tunlu Abdul Rahman Putra Al-Haj,di dalam istiadat Perisytiharaan Kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 .
Pada keesokan harinya, iatu hari hari Jumaat 30 Ogos 1957, perayaan di Kuala Lumpur terus disambut dengan penuh meriah .Selain drpd Majlis doa selamat dan kesyukuran di masjid-masjid ,turut menjadi detik penting dalam sejarah Negara ialah pembukaan rasmi Stadium Merdeka.Selain daripada menjadi gelanggang sukan Negara ia juga dijadikan tempat perisytiharaan kemerdekaan .Upacara pembukaan rasmi Stadium Merdeka itu tlh diadakan pada jam 8:15 pagi dengan dilangsungkan pertunjukan senaman beramai-ramai murid-murid sekolah.
|